Penginapan Di Tengah Bandar Kuantan Pada Bajet RM30 Termasuk Sarapan Dan WiFi Percuma

Jika sebelum ini kami pernah berkongsi hotel 5 bintang di Kuantan yang setaraf barisan small luxury hotel di Maldives, kali ini kami akan kongsi pula penginapan ala backpackers yang ditawarkan pada harga bawah RM30 semalam.

Tambah lagi menarik, pada harga bawah RM30 ia turut menyediakan sarapan pagi dan WiFi secara percuma. Memang elok untuk anda yang hanya memerlukan tempat rehat yang selamat, lokasi pula amat strategik terletak di tengah bandar Kuantan.



Kuantan Backpackers


Jika penginapan dalam lingkungan ini yang dicari, Kuantan Backpackers adalah tempat untuk anda. Kuantan Backpackers menawarkan penginapan yang cukup baik. Berdasarkan skroll kami, harga paling rendah bagi penginapan di Kuantan Backpackers boleh didapati serendah RM26 semalam.

Bilik yang ditawarkan adalah jenis perkongsian bilik manakala bilik mandi pula adalah shared bathroom. Selain daripada menyediakan sarapan dan Wifi percuma, di sini juga terdapat ruangan untuk anda lepak sambil menonton tv, atau gunakan sebagai ruang bacaan.

Oh ya, kemudahan dapur juga disediakan. Amat sesuai untuk mereka yang travel gaya backpackers. Antara sebab kenapa kami senaraikan Kuantan Backpackers sebagai pilihan penginapan di KUANTANLOKA adalah kerana mendapat ulasan yang amat positif.

Dari segi harga, keselesaan dan perkhidmatan semuanya mencapai skor 90% ke atas. Untuk pengetahuan anda, kelebihan penginapan jenis perkongsian bilik ini jika beruntung dapat berkenalan dengan lebih ramai pengembara luar negara. Bolehlah buat tambah senarai rakan!







Kuantan Backpackers
Lokasi: No 39, 1st Floor, Jalan Tun Ismail 25000, Kuantan
Hubungi: 09-513 3830
Website: kuantanbackpackers.com

Like dan Follow KUANTANLOKA™ di Facebook serta Instagram.
Previous Post Next Post
Sponsored