Penginapan Berkonsepkan Rumah Tradisional Orang Asli Yang Menarik Di Pahang



Tak perlu ke luar negara semata hendak mencuba penginapan-penginapan yang unik. Jika anda merancang bercuti ke Cameron Highlands kelak, kami mempunyai cadangan penginapan yang menarik untuk anda cuba di sini nanti.

Selain fungsi sebagai tempat berehat, setiap penginapan selalunya menawarkan keistimewaaan yang tersendiri untuk menarik tetamu ke tempat mereka. Sebagai contoh, di Malaysia terdapat banyak penginapan dengan pelbagai konsep menarik seperti penginapan tiub, kabin, kapsul hinggalah kapal terbang.

Jika di Camera Highlands pula, antara penginapan yang unik anda boleh cuba adalah Rain Forest Inn. Apa yang membuatkan kami senaraikan Rain Forest Inn sebagai penginapan yang menarik adalah kerana ia satu-satunya penginapan di Malaysia yang menawarkan penginapan berkonsepkan rumah tradisional Orang Asli.









Menginap di sini tidak hanya memberikan anda pengalaman bermalam di rumah tradisional Orang Asli, malah anda turut berpeluang merasai pengalaman yang adventure bersama masyarakat Orang Asli di sini. Antara aktiviti yang dilakukan adalah mendaki bukit dan acara air.

Bukan itu sahaja, tambah lagi seronok di sini juga terdapat air terjun semula jadi dan sungai yang masih terjaga bersih dan cantik. Bolehlah mandi sepuasnya.

Yang pasti, apa yang ditawarkan di Rain Forest Inn ini amat unik berbanding penginapan lain di Malaysia.

Like dan Follow KUANTANLOKA™ di Facebook serta Instagram.
Previous Post Next Post
Sponsored