Menang Perodua Myvi Dengan Memancing Di Pantai Sepat Pada 18 Ogos Ini



Ini merupakan berita baik kepada kaki pancing. Sempena memperomosikan tahun melawat Malaysia 2020 yang bakal datang, pertandingan memancing siri keenam anjuran Tourism Malaysia 'Surfcasting Tour 2019: A Journey To Visit Malaysia 2020' kali ini mempertaruhkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM1.3 juta.

Acara ini akan bermula seawal jam 8.30 am sehingga 12.30 pm bertempat di Pantai Sepat, Kuantan pada 18 Ogos ini. Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, RM13,000 di tempat kedua dan RM5,000 untuk pemenang di tempat ketiga.

Manakala 3 unit Perodua Myvi pula menjadi rebutan dalam kategori Grand Slam. Selain daripada wang tunai dan Perodua Myvi, TV LCD 60 inci sebagai hadiah saguhati antara yang menarik ditawarkan.

Tidak hanya memancing, turut tersedia acara sampingan untuk kanak-kanak iaitu pertandingan mewarna dan bayblade war. Jom meriahkan Pantai Sepat Ahad ini.



Kaunter pendaftaran akan dibuka 24 jam di lokasi pertandingan bermula jam 12 tengah hari Sabtu ini.

Like dan Follow KUANTANLOKA™ di Facebook serta Instagram.
Previous Post Next Post
Sponsored