Lihat Apa Yang Menarik Di Festival Starlight Antarabangsa Kuantan Kali Ini



Hujung minggu lepas kami sempat memeriahkan suasana di Festival Starlight Antarabangsa yang bertempat di Padang MPK 3, Kuantan. Buat anda yang terlepas info menarik ini boleh lihat semula artikel kami yang lepas.

Baca juga: Festival Starlight Antarabangsa 2019 Kini Di Kuantan, Bermula 9 Ogos ini

Pertama sekali kami mengucapkan tahiah kepasa semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara pesta lampu ini. Dengan hanya bermodalkan lampu sebagai subjek utama, padang kosong pun boleh bertukar jadi sesuatu yang menarik. Memang cool habis. Satu usaha yang baik dalam menambah keceriaan bandar Kuantan.

Anda yang belum sempat berkunjung sekiranya mahu pengalaman malam bersuasanakan kelipan lampu warna-warni ini bolehlah berkunjung ke Festival Starlight Antarabangsa Kuantan sebelum ia berakhir pada 1 September 2019 nanti.







Apa yang menarik di sini?


Oleh kerana ia adalah pesta lampu, sudah semestinya tarikan utama adalah seni lampu yang dicorak dalam pelbagai bentuk berwarna-warni. Keseluruhan padang MPK 3 ini dihiasi dengan pelbagai bentuk lampu seakan bentuk beberapa mercu tanda yang ikonik. Antaranya adalah Gunung Fuji, simbolik bulan bintang, burung merak dan paling menarik adalah terowong lampu. Terowong lampu ini antara port yang paling ramai nak bergambar.

Selain daripada tengok lampu, di bahagian luar kawasan ini juga terdapat beberapa food truck menjual makanan , penjaja menjual aiskrim dan mainan, serta persembahan busking.





Berbaloi atau tidak?


Pada kami, berbaloi atau tidak pergi itu bergantung kepada anda. Sekiranya anda jenis yang suka ada pengalaman-pengalaman menarik seperti ini bolehlah datang untuk simpan sebagai kenangan pada masa akan datang.

Bergambar sakan di Festival Starlight untuk tambah foto menarik di Instagram idea yang menarik, tapi pengalaman kami selepas keluar tu mata ada rasa sakit juga sedikit.

Rasa macam ini:



Like dan Follow KUANTANLOKA™ di Facebook serta Instagram.
Previous Post Next Post
Sponsored