Ini Lokasi Untuk Anda Makan Masakan Cina Muslim Terbaik Di Kuantan



Bosan asyik makan masakan Melayu, Mamak atau Western, apa kata kali ini anda cuba pula masakan Cina Muslim di Kuantan.

Tahu kenapa? Sebabnya, di Kuantan kini sudah ada restoran yang betul-betul menyediakan menu masakan Cina Muslim dan paling menarik ia merupakan Restoran Cina Muslim yang pertama di Kuantan.

Restoran Cina Muslim yang pertama di Kuantan diyakini halal dan bersih. Restoran yang kami maksudkan ini adalah Restoran Muhammad Adam Lai, berlokasi di White & Black Cabin, Jalan Teluk Mahang. Untuk pengetahuan anda, restoran ini baru sahaja lagi beroperasi di Kuantan.





Apa yang sedap di sini?


Semua sedap! Tapi disebabkan sedap itu subjektif, jadi kami syorkan beberapa menu power yang sudah kami cuba. Di sini ada banyak menu masakan cina, kalau tak silap ada lebih dari 50 menu. Paling top yang wajib anda cuba memang kami rekomendasikan untuk pesan Crab Lat Chi.

Menu ketam power dengan sos istimewa, rasanya gagal mengecewakan. Selain itu, Nasi Goreng Ayam Butter Milk di sini pun sedap. Dengan harga RM7.00 sepinggan, memang berbaloi sangat. Nasi goreng dan ayam butter milk banyak, tukang masak yang tak kedekut, sudah tu murah pula.

Selain itu anda mungkin boleh cuba Oat Nestum Prawn Special, tapi pada kami Ikan Goreng Asam itu paling unik. Nampak macam ikan kari, tapi rasa dia langsung tak sama macam apa yang kami bayang. Katanya itu resepi ala asam pedas tapi dalam versi masakan cina. Sedap sungguh.



Kenapa Muhammad Adam Lai restoran Cina Muslim terbaik di Kuantan?


Zaman sekarang ini, walaupun nama restoran masakan Cina Muslim namun tak semestinya dimasak oleh tukang masak berbangsa Cina. Di Restoran Adam Lai, semua menu hanya akan dimasak oleh tukang masak masakan Cina Muslim yang berbangsa Cina.

Tepat, semua menu di restoran ini dimasak sendiri oleh Chef Muhammad Adam Lai.

Buat anda yang tidak kenal, Chef Muhammad Adam Lai ini merupakan antara chef terkenal dengan masakan Cina Muslim di Malaysia. Berpengalaman sebagai tukang masak dan pernah berkhidmat di restoran masakan China Muslim popular di Shah Alam.

Kami boleh jamin, memang air tangan Chef Muhammad Adam ini tak akan mengecewakan anda. Untuk rating masakan di Restoran Muhammad Adam Lai, kami berikan 8.8/10 untuk skor kesedapan. Tambah pula persekitaran di White & Black Cabin ini memang bersih, selesa dan paling penting krew yang mesra pelanggan.

Mantap!

Chinese Muslim Food (Muhammad Adam Lai)
Lokasi: White & Black Cabin, Jalan Teluk Mahang, Kuantan ( kawasan berhampiran Taman Guru)
Hubungi : 0192883757
Instagram: @m.adamlairestaurant


Like dan Follow KUANTANLOKA™ di Facebook serta Instagram.
Previous Post Next Post
Sponsored