Festival Starlight Antarabangsa 2019 Kini Di Kuantan, Bermula 9 Ogos ini



Selepas warga Sabah dan Alor Star dapat menikmati keindahan seni lampu LED, kini tiba pula giliran orang-orang Kuantan untuk meraikan pesta lampu ini. Festival Starlight Antarabangsa atau International Starlight Festival merupakan salah satu daripada program tarikan pelancongan Malaysia mengelilingi 12 perhentian di negeri-negeri terpilih di Malaysia.

Memilih Kuantan sebagai destinasi yang seterusnya, lokasi pesta lampu dan seni ini diadakan bertempat di Padang MPK3 (berhadapan Kompleks Teruntum), berlangsung pada 9 Ogos sehingga  1 September 2019 dari jam 7pm - 12am.

Harga tiket yang ditetapkan adalah RM8.00 dewasa dan RM4.00 kanak-kanak. Antara pameran lampu yang menarik dipersembahkan adalah binaan lampu bercorak Gunung Fuji yang tertinggi di Malaysia, terowong lampu sepanjang 40 meter, rekaan bercorak masjid dan banyak lagi.

via: Facebook Tourism Pahang

Like dan Follow KUANTANLOKA™ di Facebook serta Instagram.
Previous Post Next Post
Sponsored