Apa Maksud 'Hogoh?', Orang Pahang Selalu Sebut



Tempoh hari kami ada menerima pertanyaan dari seorang kawan yang menetap luar dari negeri Pahang. Soalannya berbunyi lebih kurang begini: 'Apa maksud hogoh yang orang pahang selalu sebut tu?'.

Baik, terlebih dahulu perkataan hogoh ini bukan pun sebutan yang kerap keluar dari mulut orang-orang Pahang. Cuma perkataan itu menjadi popular seakan satu trademark bila ia mula digunakan sebagai satu slogan oleh penyokong bola sepak Pahang.

Apa Maksud Hogoh?

Ringkasnya, Hogoh ini bermakna 'menggegarkan, menggoncangkan atau juga boleh ditafsir sebagai menggoyangkan sesuatu dengan kuat'. Lebih kurang begitulah maksudnya.

Harap anda yang tertanya-tanya maksud hogoh sudah pun mendapat jawapannya.

Like dan Follow KUANTANLOKA™ di Facebook serta Instagram.
Previous Post Next Post
Sponsored