Melombong Barang Antik Di Pasar Karat Kuantan Pickers



Satu lagi tempat menarik di Kuantan untuk pencinta barangan antik dan vintaj. Jika anda turut merupakan peminat kepada barangan-barangan antik dan vintaj, Pasar Karat Kuantan Pickers ini mungkin lokasi menarik untuk anda.

Berlokasi di Jalan Besar (belakang Bank Rakyat Mahkota Square), Pasar Karat Kuantan Pickers dibuka hanya pada setiap hari Jumaat bermula dari jam 6 pm hingga 12 pm.





Apa yang menarik di sini?

Minggu lepas kami sempat terjah sekejap Pasar Karat Kuantan Pickers. Apa yang boleh kata tempat ini memang unik sebabnya ia dibangunkan sendiri oleh peminat-peminat barangan vintaj Kuantan. Jadi, banyak barang rare yang anda boleh jumpa. Ada di antaranya yang tak pernah anda lihat sepanjang hidup barangkali.

Macam-macam ada, dari koleksi jam tangan, buku-buku lama, periuk belanga, mesin taip, radio, televisyen sampailah ke koleksi permainan dan poster-poster vintaj. Memang sangat disarankan buat anda yang mencari barangan-barangan klasik. Sesuai dijadikan hiasan dekorasi atau nak tambah koleksi peribadi.



Kami sangat sarankan anda isi masa lapang Jumaat malam anda di Pasar Karat Kuantan Pickers. Boleh bawa emak atau atuk anda sekali, mungkin banyak nostalgia mereka yang tertinggal di sini.

Like dan Follow KUANTANLOKA™ di Facebook serta Instagram.
Previous Post Next Post
Sponsored