JPJ Pahang Mahu Lelong Kerete Mewah Pada 8 Ogos Ini



Sebanyak 35 buah kenderaan sita dan klon termasuk yang berjenama mewah bakal dilelong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang.

Lelongan awam siri 1 2019 yang julung kalinya diadakan membabitkan kenderaan klon berkenaan akan dilakukan pada 8 Ogos 2019 bertempat di Dewan Serbaguna JPJ Pahang.

Menurut Pengarah JPJ Pahang, Mohamad Abdullah, lelongan awam melibatkan kenderaan sita dilakukan setiap tahun tetapi kali ini berbeza kerana kali pertama kenderaan klon dilelong.

Terdapat sebanyak 35 buah kenderaan iaitu 15 kereta sita dan 20 kereta klon akan dilelong. Lelongan bukan sahaja di JPJ Kuantan tetapi beberapa lagi Pejabat JPJ di negeri Pahang.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan buku lelong yang mula dijual 17 Julai hingga 6 Ogos ini. Buku mengenai Lelongan ini boleh dibeli dengan harga RM50 di bahagian Kewangan JPJ Pahang.

Semua mengenai barang lelongan, jenis kenderaan, harga dan info lengkap lain ada di dalamnya. Buku tersebut perlu dibeli dan selepas itu sekiranya berminat boleh datang melihat kenderaan pada 5 dan 6 Ogos 2019.

Lokasi Dewan Serbaguna JPJ Pahang : Jalan IM 14/10, 25200 Kuantan, Pahang

Sumber: SHO

Like dan Follow KUANTANLOKA™ di Facebook serta Instagram.
Previous Post Next Post
Sponsored