Casa Titik Cherating, Penginapan Berkonsepkan Rumah Agam Sepanyol



Buat anda yang mahu menikmati penginapan selesa di tepi pantai, Cherating di antara lokasi pilihan pelancong sekiranya berkunjung di Kuantan. Di Cherating terdapat banyak penginapan bermula dari  chalet, homestay hinggalah ke hotel-hotel mewah.

Jika anda bertanya pendapat kami, Casa Titik antara salah satu penginapan terbaik di Cherating yang kami cadangkan. Casa Titik adalah sebuah villa keluarga yang direka dengan gaya yang ringkas dan cantik bertemakan rumah agam Sepanyol.







Secara ringkasnya buat anda yang kurang faham maksud rumah agam, mudah difahami ianya bermaksud begini: 'rumah agam merujuk kepada kediaman yang lebih besar daripada banglo yang mempunyai tanah yang besar'.

Casa Titik satu penginapan yang baik terutama buat mereka yang bercuti bersama keluarga. Ia adalah sebuah penginapan yang selesa serta cantik, tambahan pula dengan jarak hanya beberapa langkah dari pantai Cherating memberikan anda permandangan yang cukup indah sekali.

Casa Titik
Lokasi: 27105, Jalan Kuantan-Kemaman, 26080 Kampong Cherating, Pahang

Like dan Follow KUANTANLOKA™ di Facebook serta Instagram.
Previous Post Next Post
Sponsored