Pisang Goreng Cheese Di 'Bro GorPis' Ini Memang Padu



Beberapa hari lepas kami sempat terjah pisang goreng cheese Bro GorPis , memang padu sungguh menu kali ni. Buat yang tak tahu, Bro GorPis antara salah satu gerai menjual pisang goreng cheese yang berbaloi untuk anda makan di Kuantan.

Paling terbaik sebab di sini ada sehingga 12 pilihan perisa untuk dipilih. Dengar kata 12 ini pun tak cukup dan mereka nak tambah lagi beberapa perisa baru akan datang.



Kali ini kami pilih set Funky Box dengan 6 perisa iaitu original, chocolate, nutella, pandan, strawberi dan white chocolate. Biasanya, chocolate adalah perisa pilihan popular pelanggan di sini selain original. Tapi, mengikut selera kami perisa strawberi lebih sedap.

Buat anda yang nak mencuba pisang cheese selain coklat atau original memang kami cadangkan untuk pilih perisa strawberi.Kombinasi rasa cheese, pisang goreng dan strawberi tu memang terbaik habis.

Tambah satu lagi sebab kenapa pisang goreng cheese Bro GorPis terbaik. Pisang hanya akan digoreng panas-panas sebaik sahaja pesanan dibuat. Jadi, anda memang akan dapat pisang panas-panas di Bro GorPis. Tambah pula dengan keju yang mencair tu, sedap betul.







Bro GorPis berlokasi di Indera Mahkota 14, Kuantan. Waktu operasi bermula seawal jam 3 petang sehingga 7.30 petang.

Tempat bersih dan selesa, boleh makan panas-panas terus di sini. Oh ya, buat pengetahuan anda Bro GorPis turut menawarkan perkhidmatan penghantaran di kawasan sekitar Kuantan. Yang ini siapa malas nak keluar boleh hubungi terus mereka dan tunggu sahaja pisang goreng cheese sampai depan rumah.

12 perisa pisang goreng cheese tu ialah, Original, Coklat, White chocolate, Strawberi, Pandan, Nestum, Karamel, Susu, Oreo, Nutella, Green Tea dan Milo.

Pisang Cheese Bro GorPis
Lokasi: Indera Mahkota 14/1, 25200 Kuantan, Pahang.
Instagram: @bro.gorpis
Hubungi: 018.964.4889


Like dan Follow KUANTANLOKA™ di Facebook serta Instagram.
Previous Post Next Post
Sponsored