Book Cafe Perpustakaan Kuantan, Tempat Untuk Anda 'Makan & Chill'



Buat anda yang mencari tempat untuk makan dan chill, Book Cafe yang terletak dalam bangunan Perpustakaan Awam Pahang, Kuantan ini mungkin pilihan paling baik untuk anda.

Konsep di Book Cafe sangat santai, anda hanya perlu pilih makanan, pesan minuman, bayar dan sila enjoy makanan dengan penuh relax! .  Di Book Cafe terdapat pelbagai pilihan makanan, dari makanan western, Jepun, Korea, Thai, kuih-muih tradisional, aneka kek, hinggalah ke masakan Melayu. Semuanya ada di Book Cafe. Tinggal pilih ikut selera sahaja.





Kami suka suasana di Book Cafe. Suasananya aman, tak bising, bebas asap rokok, paling penting persekitaran bersih dan cantik. Elok buat anda yang mahukan sedikit privasi. Mungkin sebab terletak dalam bangunan perpustakaan, jadinya suasana pun nampak baik dan bertertib.

Amat sesuai nak jadikan port untuk anda buat kerja, study, mesyuarat kecil atau membaca buku. Selain itu Book Cafe turut menyediakan plug untuk kegunaan pelanggan mengecas peranti seperti laptop atau smartphone.







Book Cafe dibuka setiap hari kecuali pada hari Ahad dan Isnin. Waktu operasi seawal 8 pagi sehingga 6 petang. Nak sarapan pagi bersama spageti dan secawan kopi? Silalah ke Book Cafe, tapi pastikan anda datang awal ya!

Book Cafe
Lokasi: Dalam bangunan Perpustakaan Awam Pahang, Jalan Kemunting, Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang.

Like dan Follow KUANTANLOKA™ di Facebook serta Instagram.
Previous Post Next Post
Sponsored