5 Kafe Santai Di Kuantan Untuk Anda Lepak Mengopi

Orang Malaysia dengan aktiviti mengopi memang tak boleh dipisahkan. Senang kata, aktiviti mengopi ini lebih kepada lepak dan minum kopi. Alah, yang santai-santai sahaja.

Di Kuantan di mana lokasi paling best untuk mengopi? Baik, di bawah ini adalah lokasi santai untuk anda mengopi di Kuantan. Ulasan diambil kira berdasarkan pengalaman dan juga feedback positif dari warga tempatan.

1. Watak Kopi




Sangat disyorkan buat anda yang sudah bosan dengan selera kopi 'mat salleh'. Kopi yang dihidangkan di sini pastinya amat menepati citarasa tekak melayu anda. Suasana santai di kafe ini menjadi faktor sesi mengopi merasa tenang serta bakal memanjangkan waktu lepak anda.

Menu lain yang dicadangkan di sini adalah Roti John Doe.

Lokasi: No 45N-7, Bangunan PKNP, Jalan Besar 25000 Kuantan.
Instagram: @waktakkopi

2. Kuantan Pickers




Kafe berkonsepkan seakan Kedai Kopi Cina 90an ini antara pilihan yang menarik untuk anda lepak mengopi di Kuantan. Penggunaan hiasan yang terdiri daripada barang-barang lama 'vintaj' menjadikan pengalaman mengopi anda seperti di zaman 90an semula.

Selain kopi, pastikan anda turut tidak terlepas untuk mencuba pelbagai pilihan kek yang sedap-sedap di sini.

Lokasi: No. 32, Jalan Besar, 25000 Kuantan
Instagram: @kuantanpickers

3. Kedai Kopi Mamba




Pernah dicadangkan sebagai tempat makan yang menarik di Kuantan oleh Menteri Besar Pahang sendiri, sudah semestinya memilih untuk mengopi di sini adalah pilihan yang tidak mengecewakan.

Menu lain yang disyorkan untuk cuba di sini adalah Nasi Lemak Mamba. Serius sedap.

Lokasi:No 73, Lorong Rusa (belakang Court Mammoth) 25000 Kuantan
Instagram: @kedaikopimamba

4. Mico2 Cafe




Satu lagi lokasi yang tidak menghampakan untuk anda mengopi di Kuantan. Menikmati segelas kopi bersama roti dan kari kambing di Mico2 Cafe adalah pilihan paling tepat untuk anda bersantai di sini.

Lokasi: Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang.
Instagram: @mico2cafe

5. TJANTek Art Bistro




Buat anda yang meminati seni dan karya tinggi, TJANTek mungkin idea yang bagus untuk lepak mengopi di sini. Uniknya, TJANTek mengetengahkan dekorasi penuh berserta hiasan barang antik dan seni lukisan yang mana akan memberikan anda pengalaman berbeza berbanding kedai kopi yang lain.

Lokasi: No 42, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
Instagram: @tjantek

Like dan Follow KUANTANLOKA™ di Facebook serta Instagram.
Previous Post Next Post
Sponsored