Jom Cuba 'Water Slide' Baru Di De Rhu Beach Resort, Kuantan





Sekiranya anda mencari aktiviti air yang santai untuk berhibur dihujung minggu, apa kata cuba permainan air yang ditawarkan di Mini Waterpark De Rhu Beach Resort yang berlokasi di Sungai Karang, Beserah, Kuantan ini.

Tidak hanya terhad kepada tetamu, Taman Tema Air Mini De Rhu Beach Resort turut dibuka untuk orang luar. Kadar bayaran yang dikenakan pada bukan tetamu adalah RM10.00 untuk dewasa dan RM7.00 untuk kanak-kanak.

Dan paling menarik, baru-baru ini pihak De Rhu Beach Resort sudah tambah satu lagi permainan air (water slide) di taman tema air mini mereka. Kalau anda suka dengan aktiviti santai begini silalah cuba. Tonton water slide baru di taman tema air mini De Rhu Beach Resort di bawah.

Maklumat lanjut layarai laman web De Rhu Beach Resort di www.derhu.com.my


Like dan Follow KUANTANLOKA™ di Facebook serta Instagram.
Previous Post Next Post
Sponsored