5 Lokasi Mandi Manda Yang Seronok Di Kuantan

Sekiranya anda merancang ke Kuantan dan ingin menikmati suasana percutian yang lebih santai, 5 destinasi ini mungkin tawaran menarik untuk anda. Terutamanya kepada mereka yang gemar dengan aktiviti air.

1. Pantai Cherating




Boleh dilabelkan sebagai tempat menarik yang paling popular di dalam daerah Kuantan. Terletak agak jauh dari bandar utama Kuantan kira-kira 30-40 minit memandu dan bandar yang terdekat dengan Pantai Cherating ialah Bandar Chukai, Kemaman, Terengganu yang terletak kira-kira hanya 10 minit memandu.

Permukaan pantai di sini sangat selamat untuk mandi manda kerana Pantai Cherating ini agak berteluk, sangat landai, sangat lapang & tidak berbatu.

2. Air Terjun Sungai Pandan




Sekiranya anda ingin membawa keluarga mandi manda di air terjun, destinasi yang paling popular di Kuantan sudah tentulah Air Terjun Sungai Pandan atau juga dikenali dengan Air Terjun Panching. Destinasi air terjun ini sangat mudah untuk anda lawati dari Bandar Kuantan & akan memakan masa sekitar 20 minit sahaja dengan memandu kereta.

Kemudahan untuk pengunjung di sini memang sangat lengkap seperti tandas, surau, laluan jalan kaki, parkir kereta, gazebo, titian gantung & sebagainya.

3. Pantai Balok / Pusat Rekreasi Air Balok




Terletak kira-kira 10-15 minit memandu dari Bandar Kuantan. Pantai Balok atau Pusat Rekreasi Air Balok bukanlah pantai peranginan seperti Pantai Cherating yang mempunyai banyak resort & chalet tepi pantai menarik.

Pantai ini lebih kepada kawasan lepak-lepak petang dan bersiar-siar tepi pantai. Untuk acara makan-makan, di sini juga terdapat banyak kedai makan malam seafood, ikan bakar dan masakan ala Thai yang tidak kurang menariknya.

4. Pantai Batu Hitam




Seronok bukan bercuti di Kuantan kerana banyak sekali pilihan pantai menarik yang boleh anda terokai hanya dari kawasan pusat bandar. Satu lagi destinasi pantai popular di Kuantan adalah Pantai Batu Hitam yang juga boleh anda lawati melalui Jalan Berserah-Gebeng.

Jarak dari pusat Bandar Kuantan hanya 8-9 km sahaja. Seperti juga di pantai rekreasi lain sekitar Kuantan, destinasi ini tidak kurang menariknya untuk anda beriadah pada waktu petang bersama anak-anak.

5. Air Terjun Pelangi




A post shared by KUANTANLOKA™ (@kuantanloka) on

Indah seperti namanya, air terjun ini akan menghasilkan pelangi kerana percikan air terjunnya yang tinggi terutamanya di antara waktu pagi sehingga ke tengahari.

Memang tidak dinafikan, Air Terjun Pelangi ini memang sangat jernih & cantik. Pemandangan air terjun sebegini yang menghasilkan fenomena pelangi walaupun hari tidak hujan memang sangat unik & mungkin tiada seumpamanya di Malaysia.

Namun nak datang ke kawasan Air Terjun Pelangi ini memang agak mencabar dan perlukan stamina. Untuk ke sini , pengunjung memerlukan kenderaan pacuan 4 roda kerana akan melalui jalan yang berbatu, perlu jalan kaki meredah anak sungai dan perlu mendaki kawasan rimba berbukit sebelum sampai di kawasan tadahan utama Air Terjun Pelangi.

Sumber: Cari Destinasi

Like dan Follow KUANTANLOKA™ di Facebook serta Instagram.
Previous Post Next Post
Sponsored