fbpx
jmohdyusaini

14 Tip Berkhemah Di Musim Hujan Bagi Mereka Yang Degil

Kami tengok, sekarang ini aktiviti berkhemah dalam negara semakin mendapat sambutan. Sebelum ini di KUANTANLOKA kami ada berkongsi beberapa tempat menarik untuk anda berkhemah di Pahang.

Berkhemah di Kuantan dan nikmati keindahan langit waktu malam? Boleh rujuk perkongsian daripada Muhammad Luqmanulhaqim di sini.

PREMIUM

Atau anda juga mungkin berminat dengan artikel Percutian Dengan Cara ‘Camping’ Santai Yang Mesti Anda Cuba Di Pahang ini.

Namun, sebelum teruja dengan aktivti perkhemahan, ada baiknya anda mengambil tahu tip-tip atau persediaan asas sebelum berkhemah. Antaranya adalah tip perkhemahan ketika musim hujan yang tak menentu seperti sekarang ini.

Gambar: Yusaini Mohd Yusof

Ikuti perkongsian daripada Yusaini Mohd Yusof

SPONSORED

Tips camping musim hujan bagi yang degil macam aku dan Korang semua lah:

1. Sebelum ke campsite ada baiknya kita tengok ramalan cuaca terlebih dahulu untuk persediaan.

2. Jika musim hujan, bawa banyak plastik / beg ziplock untuk standby isi barang-barang penting dari terkena hujan.

3. Pasang khemah di tempat yang rata, Elakkan dari dekat dengan sungai atau kawasan cerun yang boleh menyebabkan air bertakung.

SPONSORED

4. Guna groundsheet untuk lapik khemah anda. Pastikan groundsheet tidak dibentang lebar dari khemah anda untuk mengelakkan air hujan bertakung.

Gambar: Yusaini Mohd Yusof

5. Guna pancang yang betul dengan tanah di campsite anda supaya tidak mudah tertanggal semasa hujan.

6. Guna tali jenis parachord untuk mudah pasang, mudah laras, dan mudah tanggal untuk flysheet dan khemah anda.

7. Buat saluran air dikeliling khemah anda, agar air hujan mudah mengalir.

SPONSORED

8. Guna Tarp/flysheet untuk persedian hujan lebat.

9. Jangan bawa pakaian jenis cotton, guna pakaian jersey atay polyester yang mudah kering.

10. Bawa baju hujan untuk senang bergerak dalam hujan, terutamanya untuk mengemas dan membetulkan peralatan camping yang tertanggal semasa hujan.

11. Guna kasut kalis air atau kasut Pua Chu Kang atau selipar jepun agar mudah bergerak. Selipar yang jenis kain, akan basah dan tak selesa untuk dipakai.

12. Jika hujan terlalu lebat dan berkilat, ambil barangan penting sahaja, berteduh di bawah wakaf atau dalam kereta.

13. Elakkan penggunaan bekalan elektrik di campsite ketika hujan. (lindung plugpoint atau extension plug anda agar tidak terkena hujan )

14. Jangan stress, jangan give up, jangan balik awal. Kita enjoy je dengan hujan sambil layan kopi. Masa inilah kita nak tahu keupayaan mental dan fizikal kita berdepan situasi begini.

Semoga perkhemahan anda semua menjadi kenangan manis untuk di kenang.

Masyarakat Berkhemah.

NOTA EDITOR: Tip ini ditulis oleh Yusaini Mohd Yosof dalam kumpulan Facebook Camping Buddies Malaysia. Beliau merupakan seorang pengembara Malaysia yang aktif berkongsi tip dan panduan mengembara. Boleh ikuti perkembangan beliau di sini.

Related Posts