fbpx
featured image sizing

10 Tips Percutian Ke Cameron Highlands Supaya Anda Tidak Kecewa

Untuk anda yang merancang ingin bercuti ke Cameron Highlands, pastikan anda membuat persiapan rapi untuk pastikan percutian anda tidak spoil dengan benda yang tidak sepatutnya.

Kami ini berkongsikan tips untuk anda yang ingin ke Cameron Highlands agar tidak menyesal kerana tidak membuat persiapan. Kami senaraikan 10 tips penting yang berguna untuk anda.

GAMBAR: Bucket Listly
PREMIUM

1. Bergerak Pada Awal Pagi

Bagi anda yang tidak suka untuk bersesak dalam trafik yang jammed, dinasihatkan untuk bertolak seawal pagi kerana pada waktu tengah hari adalah merupakan waktu puncak bagi trafik disana. Tiba lewat boleh menyebabkan anda tersangkut dalam masa yang lama. Ini merugikan masa dan juga tenaga.

2. Pilih Tarikh Yang Bersesuaian

SPONSORED

Bagi mereka yang memang merancang untuk kesini dan bukan on the spot, sebaiknya anda pilih tarikh yang bukan pada hujung minggu dan cuti umum. Memang keadaan sesak disana akan jadi luar biasa dan sangat sesak. Tambahan pula, kos penginapan disana adalah tinggi pada waktu cuti jika dibandingkan hari biasa.

3. Sediakan Makanan Dan Minuman Dalam Kenderaan

Jika anda tersangkut di tengah jem, perkara ini sangat membantu untuk mengisi perut yang kosong atau kegunaan waktu kecemasan. Ini kerana sesetengah jalan mendaki mempunyai gerai yang sedikit dan penting untuk anda mempunyai bekalan tambahan lagi bagi mereka yang membawa anak kecil.

4. Gerai Untuk Beli Sayuran Atau Buah-Buah

SPONSORED

Jika anda mahu membeli buah, sayuran, teh dan lain-lain sebagai buah tangan, belilah di kawasan S corner. Ada sign board S Corner sebelum menuruni bukit di situ. Di sini berderetan kedai dan gerai yang sangat murah berbanding di tempat-tempat lain seluruh Cameron Highlands.

5. Bawa Pakaian Tebal Untuk Tidur

Cameron Highland sangat sejuk terutama di waktu malam. Malah bilik hotel tidak memerlukan penghawa dingin. Kebanyakan hotel tidak menyediakan heater, jadi anda perlu membawa pakaian tebal bagi mengelakkan anda berbelanja lebih untuk membeli jaket dan sebagainya.

6. Isi Minyak Penuh Dan Kenderaan Dalam Keadaan Baik

SPONSORED

Disebabkan sesetengah jalan yang agak teruk atau anda mungkin tersangkut di kesesakan trafik, dinasihatkan untuk mengisi minyak secukupnya dan memastikan kenderaan dalam keadaan yang baik supaya tidak tersadai di tepi jalan.

7. Sediakan Payung Sebelum Hujan

Bawa payung atau baju hujan kerana hujan kerap terjadi di Cameron Highland. Anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk membelinya nanti.

8. Rancang Tempat Yang Ingin Dilawati

Kenali tempat-tempat yang menarik di Cameron Highlands supaya anda ada plan untuk kemana. Sekiranya tempat tersebut ditutup atau sesak, jadi anda boleh merubah perancangan dan tidak bergantung ke sesuatu tempat semata-mata. Senaraikan sebanyak yang boleh.

9. Ketahui Harga Tempat Penginapan

Kebanyakan hotel terletak berhampiran tempat-tempat menarik di Cameron Highland. Namun jika anda memilih untuk menginap di hotel bajet, pastikan lokasi hotel pilihan anda berhampiran dengan pekan Brinchang atau Tanah Rata. Di musim cuti sekolah atau cuti umum, jalan raya akan sesak dan anda tidak perlu terperangkap dalam kesesakan setiap kali ingin keluar makan.

10. Pulang Sebelum Waktu Malam

Oleh kerana jalan yang agak teruk dan kurang pencahayaan, anda boleh pulang sebelum waktu malam dan pastikan sentiasa peka dengan keadaan sekitar kerana terdapat perkampungan di jalan menurun Cameron Highlands dan juga haiwan liar yang kadang kala kabur pada pandangan jika anda tidak ingin menyambung cuti di balai polis.

via: Percutian Bajet

Menginap di hotel serendah RM25 untuk satu malam yang menjadi pilihan backpackers di Cameron Highlands.

Baca juga: Serendah RM25, Ini Penginapan Ideal Untuk Backpackers Di Cameron Highland

Related Posts