fbpx

10 Tempat Menarik Di Kuantan Untuk Kanak-kanak


Cuti sekolah sudah hampir tiba dan itulah waktu seisi keluarga dapat melakukan aktiviti bersama-sama. Kanak-kanak perlu juga berseronok setelah penat belajar dalam suasana pandemik ini.

Salah satu destinasi percutian yang boleh dipilih ialah Kuantan. Kami akan senaraikan 10 tempat menarik untuk kanak-kanak manfaatkan cuti mereka.

Sumber: Worldorgs

1. Mini Zoo Taman Teruntum


Jika ditanya tempat apa yang menarik, mini zoo ini pasti disebut. Tidak padan dengan gelaran ‘mini’ pada namanya, ia menempatkan pelbagai tarikan kepada pelancong. Antara tarikan dimiliki ialah mempamerkan beberapa spesis haiwan menarik, menunggang kuda padi dan port untuk bergambar.

Terbaharu, mini zoo ini memiliki replika dinosaur di sekitar kawasan zoo dan juga rumah Hobbit! Makin rancaklah pengunjung bergambar atau berswafoto di sini.

Sumber: Worldorgs

2. Petrosains PlaySmart Kuantan

Antara lokasi menarik yang perlu dikunjungi kerana pastinya membawa keceriaan. Pusat sains mini ini merupakan sebuah taman interaktif agar kanak-kanak dapat menerokai dunia hebat sains melalui pembelajaran yang menyeronokkan.


Tiada bayaran masuk yang dikenakan kepada pengunjung dan dan tempat ini juga telah dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan untuk kanak-kanak. Rugilah kepada sesiapa yang terlepas untuk berkunjung ke sini.

Sumber: Facebook.com/BktGambangWaterPark/

3. Bukit Gambang Water Park

Berada di tempat ketiga ialah Bukit Gambang Water Park. Lokasi ini merupakan taman tema yang paling menarik di Kuantan. Ia terbahagi kepada dua taman tema utama iaitu Gambang Water Park dan Safari Park.

Taman tema air ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Coco Beach, Wave Pool dan Lagoon. Jika anda ke Safari Park pula, anda akan berada di taman safari berkeluasan 138 ekar. Harga kemasukan mengikut pilihan tiket tetamu samada kombo atau berasingan taman tema.

Sumber: Foursquare

4. Muzium Sungai Lembing

Merupakan sebuah muzium yang menyimpan khazanah berkaitan industri perlombongan bijih timah. Ia juga merupakan bekas tapak perlombongan bijih timah terdalam dan terbesar di dunia satu ketika dahulu. Bukan calang-calang ya muzium ini.

Setelah diuruskan Jabatan Muzium, orang ramai mula dibenarkan untuk melawat dan semakin menjadi terkenal. Kanak-kanak bolehlah mengenali peralatan melombong bijih timah serta pakaian yang digunakan oleh pekerja lombong dahulu.

Sumber: Facebook.com/kiddielandkuantan/

5. Kiddie Land


Kiddie Land ialah destinasi untuk kanak-kanak explore perkara baru melalui permainan yang disediakan. Macam-macam permainan ada untuk dimain sepuasnya. Tempat ini juga bersih dan selesa, barulah terjamin keselamatan mereka.

Harga kemasukan ke Kiddie Land juga berpatutan, berbaloilah bawa si kecil berkunjung ke sini. Boleh dapat kawan baru untuk berhibur bersama.

Sumber: Facebook.com/kuantanrivercruises/

6. Kuantan River Cruise

Salah satu aktiviti menarik untuk dilakukan ialah menaiki Kuantan River Cruise. Terdapat beberapa pakej yang ditawarkan untuk pengunjung menerokai Sungai Kuantan di sini yang mana harga pakejnya berbeza mengikut trip dan tempoh masa.


Menyelusuri Sungai Kuantan dengan bot di sini tidak seperti di Melaka kerana Sungai Kuantan ini begitu besar dan berdekatan dengan hutan paya laut. Waktu menaiki bot jangan lupa pula untuk bergambar, bukan selalu dapat melakukan aktiviti ini.

Sumber: Worldorgs

7. Menara Teruntum 188

Bercuti di Kuantan bermakna anda berpeluang membawa si kecil ke menara kedua dalam Malaysia. Pengunjung boleh menikmati pemandangan 360 darjah bandar Kuantan dan sungai Kuantan yang begitu mempesona.

Selain Menara 188 tersebut, boleh juga bersiar-siar di Esplanade menara berkenaan menikmati angin yang bertiup. Kawasan tersebut memang ramai keluarga singgah terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum.

Sumber: Instagram.com/naturalbatikvillage/

8. Natural Batik Village

Destinasi ini merupakan sebuah tempat penghasilan batik dan terdapat banyak produk batik yang boleh dijadikan cenderamata. Menarik di sini, pelancong berpeluang merasai sendiri pengalaman mewarnai & mencanting batik. Tidak terhad kepada dewasa sahaja, kanak-kanak juga boleh mencuba.

Anda disarankan untuk datang awal ke Natural Batik Village jika berhajat ingin menghasilkan batik sendiri. Ini kerana proses pengeringan mengambil masa yang agak lama untuk selesai.

Sumber: Expedia

9. Santuari Penyu Cherating

Dah sampai Kuantan, apa kata anda bawa anak-anak melihat sendiri kehidupan penyu di Cherating. Santuari penyu ini terletak berhadapan dengan pintu masuk ke Club Med Resort Cherating.

Di santuari ini, pengunjung boleh sertai beberapa program menarik seperti melawat tapak penetasan telur penyu, melihat pelepasan anak-anak penyu ke laut & program turtle watching pada waktu malam. Waktu inilah kita dapat kenal pelbagai spesis penyu yang wujud.

Sumber: Worldorgs

10. Taman Tasik Bandar Kuantan

Sebuah taman rekreasi yang sesuai untuk beriadah pada waktu pagi atau petang. Lokasinya terletak di tengah-tengah bandar Kuantan dan memang menjadi tumpuan warga setempat untuk bersiar-siar.

Kanak-kanak boleh bersuka ria di taman permainan, juga boleh mencuba servis lake tour bersama keluarga untuk mengelilingi tasik. Dapatlah menerokai keindahan tasik di taman ini.

Langganan Percuma

Langgan saluran kuantanloka™ di Telegram untuk dapatkan informasi dan berita terkini terus ke telefon pintar anda.

Terkini:

Baca Juga:

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin