fbpx
featured image sizing

10 Tempat Makan Terkenal Di Tanjung Lumpur, Kuantan Mengikut Carian Google

Tanjung Lumpur, Kuantan sememangnya terkenal dengan masakkan hasil laut terutamanya ikan bakar sejak sekian lama namun kepada anda yang masih mencari-cari tempat makan yang ingin dicuba. Boleh datang ke 10 kedai yang terkenal di carian Google ini.

Pada hujung minggu terutamanya, lokasi ini memang sesak dengan pengunjung dari Kuantan ataupun luar, pekara ini seakan fenomena di Tanjung Lumpur. Namun pengunjung yang datang ke sini tidak pernah putus.

PREMIUM

Selain daripada pada waktu malam, terdapat juga diantara kedai yang disenaraikan beroperasi dari waktu tengah hari. Jadi kepada anda yang ingin makan rehat tengahari disini, boleh datang.

1. Ana Ikan Bakar Petai

Memasuki ‘ruang legar’ Restoran Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur, Kuantan, bau semerbak rempah dan sos pencecah ikan bakar disulami dengan wangian daun pisang pasti membangkitkan selera pengunjung.

Pelbagai jenis ikan termasuk kerapu, siakap, pari, kembung, selar hijau, aji, cencaru dan kerisi boleh dipilih. Restoran juga menyediakan pelbagai pilihan masakan panas beraneka jenis nasi, mi, kuey teow, sup, sayur-sayuran, ayam dan daging.

SPONSORED

Lokasi: Jalan Tanjung Lumpur, Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

2. Gerai Mok Na

Jika anda pernah terdengar tentang gerai Ikan Celup Tepung (ICT) yang cukup terkenal di Terengganu, anda pasti akan menggemari makanan laut yang disajikan di Gerai Mok Na ini.

Gerai ini menyediakan makanan laut yang digoreng tepung. Anda boleh cuba ikan goreng tepung, sotong goreng tepung dan udang goreng tepung. Rasanya? Seenak gerai ICT di Terengganu, percayalah!

Lokasi: Jalan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

3. Mail Ikan Bakar

SPONSORED

Sebuah lagi kedai yang menjual makanan hasil laut yang best anda perlu cuba jika datang ke Tanjung Lumpur.

Mereka terkenal dengan masakkan bakar yang padu seperti ketam dan lobster. Memang jarang dapat dijumpai di Kuantan.

Lokasi: Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

4. Warung Pak Ali

Warung Pak Ali dibuka seawal pagi kerana ia sememangnya menjadi tarikkan bagi anda yang datang dan ingin merasai keenakkan nasi dagang yang padu.

SPONSORED

Menjadi pilihan penduduk setempat, pelbagai juadah lain turut ada pada kedai ini yang anda mesti cuba kalau ke Tanjung Lumpur.

Lokasi: Jalan Tanjung Lumpur, Kampung Peramu Maju, 26060 Kuantan, Pahang

5. Nasi Kerabu Kemira

Jangan tak tahu, kalau di Penang terkenal dengan Nasi Kandar Beratur , dekat sini orang panggil ‘Nasi Kerabu Beratur’ sebab memang kena beratur panjang.

Menu utama nasi kerabu dengan pelbagai pilihan lauk menjadikan ia satu tarikkan menarik untuk pengujung yang datang. Tapi mesti datang awal pagi sebab kalau lewat anda mungkin hanya datang makan angin.

Lokasi: Jalan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

6. Restoran MABIQ

Apa yang istimewa-nya dengan MABIQ ni? Di sini anda boleh menikmati masakan Melayu Pahang terbaik pada harga yang anda mampu bayar seperti ikan patin masak tempoyak dan daging salai masak lemak.

Restoran Mabiq ini asalnya ialah dewan makan para pelajar sekolah tahfiz. Pemilik sekolah tidak hanya mengharapkan belas ihsan orang ramai untuk menampung perbelanjaan sekolah ini. Sebaliknya mereka menubuhkan restoran ini pada tahun 2010 yang mana keuntungan kedai makan ini 100% adalah untuk membiayai keperluan sekolah maahad.

Lokasi: Restoran MABIQ, 2, Jalan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

7. Warong Paksu Dan Maksu

Restoran Warung Pok Su & Mok Su ini pasti akan mengingatkan kepada kebanyakan gerai ICT di Terengganu. Restoran ini ada menyajikan makanan laut goreng tepung yang sangat popular di Tanjung Lumpur.

Tanjung Lumpur memang kaya dengan pelbagai restoran yang kebanyakannya menyajikan makanan laut yang terbaik kualitinya. Restoran Santai Tanjung Lumpur merupakan salah satu darinya.

Lokasi: Jalan Tanjung Lumpur, Kampung Peramu Maju, 26060 Kuantan, Pahang

8. Super Top

Super Top terletak di selekoh menghala ke Tanjung Lumpur dari Pekan . Restorannya memang luas memang sesuai sangat kalau bawa family dalam jumlah yang besar.

Anda boleh memilih menu masakkan berasaskan pilihan hasil laut yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan.

Lokasi: Jalan Tanjung Lumpur, Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

9. Ghalit Distro Tanjung Lumpur

Sedang kedai lain menawarkan masakkan berasakan hasil laut, namun kelainan dibawa oleh Ghalit Steak Hub, sebuah restoran masakkan barat yang menyajikan pelbagai hidangan.

Antara hidangan yang terkenal disini sudah semestinya steak mereka, daging yang boleh dipilih oleh pelanggan dengan pelbagai cara masakkan sudah pasti memberikan kepuasan kepada pengujung.

Lokasi: Jalan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

10. Restoran Selera Rose Ikan Bakar

Terletak berhampiran dengan Petronas Tanjung Lumpur, kepada anda yang ingin merasai juadah pelbagai di sebuah restoran, ini adalah pilihan terbaik.

Bukan sahaja mereka menyajikan masakkan panas dan hasil laut tetapi juga terdapat menu lain seperti makanan barat, burger dan sizzling.

Lokasi: Lot 425a, Jalan Tanjung Lumpur, Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

via: Google

5 port untuk anda mencuba burger yang popular di Kuantan yang memang puas hati.

Baca juga: 5 Restoran Dengan Menu Burger Di Kuantan Yang Anda Mesti Cuba

Related Posts