fbpx
- Sponsor -

10 Tempat Makan Pilihan Makanan Western Di Kuantan

Rakyat Malaysia boleh dikatakan istimewa kerana sangat terbuka dalam menerima segala jenis hidangan dari negara luar. Ini termasuklah mereka yang berada di Kuantan.

Sudah banyak restoran atau kafe yang menyediakan makanan Western, Arab, Korea, Jepun dan macam-macam lagi beroperasi dalam bandaraya ini.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 10 tempat makan pilihan yang menghidangkan makanan Western di Kuantan. Sekali-sekala kita pergilah makan masakan bukan Melayu, apa salahnya.

Sumber: PahangHive
Sumber: PahangHive
- Sponsor-

1. Mi Casa Cafe

Kafe ini antara yang menjadi kunjungan ramai malah lokasinya yang terletak bersebelahan Sungai Kuantan menawarkan pemandangan yang cukup indah. Kami berkesempatan mencuba pasta yang menjadi best seller di sini. Terbaik dan sedap rasanya, memang recommended untuk singgah ke Mi Casa Cafe.

Lihat maklumat lanjut

Sumber: Jalan-Jalan Cari Makan Di Pahang

2. ObeDose

Teringin nak makan burger? Burger di sini adalah burger homemade dengan saiz yang tebal. Dijamin puas hati dengan rasa dan harga yang ditawarkan. Selain burger sebagai menu utama, menu Western juga ada untuk pilihan anda.

ObeDose beroperasi setiap hari kecuali hari Ahad dan dibuka dari jam 5.30 petang hingga 11.30 malam. Nak dinner yang special sedikit, sinilah salah satu lokasinya.

- Sponsor -

Lihat maklumat lanjut

Sumber: PahangHive

3. Pizza Anak Dol

Cawangan utama Pizza Anak Dol berada di Jerantut dan cawangan terbarunya kini dibuka di Cherating. Istimewanya pizza di sini dibakar mengikut citarasa orang Melayu menggunakan kayu api di dalam ketuhar batu.

Sensasi rasa pizza yang luar biasa dan anda juga boleh gabung pelbagai topping ke dalam satu pizza!

Lihat maklumat lanjut

Sumber: Jalan-Jalan Cari Makan Di Pahang

4. D’Boy Cafe

Jom bersantai di D’Boy Cafe yang terletak di Taman Tas. Cuba menu Western seperti Mix Grill dan Steak atau pencuci mulut seperti waffle dengan aiskrim ini. Nampak menarik betul persembahan waffle ini, kecur air liur melihatnya.

- Sponsor -

Lihat maklumat lanjut

Sumber: Jalan-Jalan Cari Makan Di Pahang

5. Hakami’s Gourmet

Burger yang lain daripada lain rasanya, memang boleh membuat anda jatuh hati. Saiz yang besar, patty dibuat sendiri sungguh berjus & sayur juga banyak. Baru puas hati dapat burger macam ini.

Sambil melayan angin pantai sekitar lokasi ini, jom cuba menu istimewa yang jarang boleh didapati di tempat lain iaitu burger daging kerbau. Berminat tak?

Lihat maklumat lanjut

Sumber: PahangHive

6. Big Bite Cafe

Seorang yang berselera besar? Susah nak kenyang? Ini memang lokasi tepat buat anda. Lokasi Big Bite Cafe ini berada di Jalan Bukit Ubi. Portion hidangan yang banyak cukup buat anda menjamu selera.

Nak yang lebih ekstrem? Cuba sendiri set talam kafe ini yang menggabungkan pelbagai makanan Western. Memang tersandar kekenyangan selepas ini.

Lihat maklumat lanjut

Sumber: PahangHive

7. Crispy Waffle

Bagi mereka yang menyukai makanan manis, kedai ini antara yang perlu berada dalam senarai anda jika mencari makanan sedemikian. Menu utama di sini ialah wafel dan aiskrim yang pelbagai untuk dipilih. Nak makan wafel bersama aiskrim pun boleh, sungguh sedap gabungannya.

Lihat maklumat lanjut

Sumber: PahangHive
Sumber: PahangHive

8. Blue Plates

Blue Plates adalah sebuah restoran yang diinspirasikan dari makanan Irish. Semua makanan premium dihidangkan pada nilai yang berpatutan.

Luas, tempat duduk yang banyak dan siapa sangka masakannya boleh kena dengan citarasa orang kita. Jom bawa keluarga anda makan di sini, lokasinya terletak di bandar Indera Mahkota.

Lihat maklumat lanjut

Sumber: Jalan-Jalan Cari Makan Di Pahang

9. Alinaa Cafe & Catering

Bila mencari tempat makan, pastinya nak sesuatu yang berbaloi. Harga berpatutan, portion banyak dan sedap; sesuai untuk menggambarkan tempat ini. Setiap hidangan dihidangkan panas-panas kepada pelanggan.

Tertanya di mana kafe yang menghidangkan makanan Western ini berada? Alinaa Cafe & Catering terletak di Balok, sebaris dengan pasaraya Sakan.

Lihat maklumat lanjut

Sumber: Jalan-Jalan Cari Makan Di Pahang

10. The kOFFEe Talk Cafe

Malam hujung minggu sesuai juga singgah makan di kafe ini bersama keluarga atau kawan-kawan. Lepas makan bolehlah jalan-jalan sekitar Menara Kuantan sebab berhampiran je dengan kOFFEe Talk Cafe ini.

Pilih lah ikut selera tekak anda sebab memang sedap dan harganya juga berpatutan. Lamb Chop, Chicken Chop, Fish & Chip, pasta semuanya ada di sini.

Lihat maklumat lanjut

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!