fbpx
- Sponsor -

10 Tempat Makan Pilihan Di Kuantan Untuk Anda ‘Food Hunting’ Minggu Ini

Apa plan anda hujung minggu ni? Masih tak tahu nak pergi mana? Kalau begitu, benda paling mudah dan semua orang suka ialah ‘makan’.

Sejak Kuantan bertukar status bandaraya, kami tengok makin banyak tempat-tempat makan menimbul di Kuantan. Oleh itu, jika anda ke Kuantan ingatlah baik-baik pesanan ini.

Selain ada Menara Tinggi, bukit hijau, laut biru, dan sungai jernih, di Kuantan ada juga banyak tempat makan.

- Sponsor-

Dalam artikel ini kami akan kongsikan 10 tempat makan menjadi pilihan PahangHive untuk anda masukkan dalam itinerari Food Hunting di Kuantan nanti. Pastikan air liur anda tak meneleh semasa membaca. Jom kita mula!

Sumber: PahangHive

1. Ciss Steak

Khas untuk yang sukakan menu keju, roti dan daging, gerai makanan yang terletak di Jalan Pintasan Indera Mahkota 3 ini pastinya membuatkan anda kecur air liur.

Menu utama di sini ialah roti daging berkeju. Ciss Steak menawarkan 3 pilihan iaitu daging lembu, ayam dan kambing. Selain itu terdapat juga menu lain seperti tortila dan nachos keju.

Dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu seawal jam 1 pm sehingga 7 pm.

Lihat maklumat lanjut

Sumber: PahangHive
- Sponsor -

2. Warung Paksu & Maksu

Ini antara lokasi yang menghidangkan menu makanan laut celup tepung yang popular dikalangan warga kota Kuantan. Berlokasi di Tanjung Lumpur, Kuantan, warung ini adalah pilihan yang ideal untuk menjamu hidangan petang.

Makanan gorengan seperti ikan dan sotong celup tepung, satar, karipap serta kuih-muih tradisional.

Lihat maklumat lanjut

Sumber: PahangHive

3. Mak Wan Heritage

Tidak jauh dari lokasi Warung Paksu & Maksu, restoran Mak Wan Heritage menyajikan menu mi champa iaitu makanan yang cukup sinonim di bumi Kemboja. Meski seakan sama seperti mi sup, namun pasti ia memiliki rasa unik tersendiri.

Kami rasa berbaloi untuk dicuba memandangkan tidak banyak tempat di Kuantan yang menawarkan hidangan ini.

- Sponsor -

Lihat maklumat lanjut

Sumber: PahangHive

4. Nasi Ganja Berdegung

Dari nama saja cukup buat kepala anda bergegar, jika anda sukakan makanan berkari ini antara tempat makan yang anda perlu terjah.

Nasi Ganja Berdegung menawarkan menu nasi kandar, warna nasi kuning beraroma yang dipadankan dengan pelbagai lauk pauk.

Lihat maklumat lanjut

Sumber: PahangHive

5. Along Mee Kari

Layan mi kari waktu petang-petang pun syok! Jadi sekiranya anda tercari gerai yang menghidangkan menu mi kari, di sini tempatnya.

Along Mee kari menawarkan pelbagai menu mi seperti mi kari, mi tomyam dan kueh teow. Lebih menyelerakan bila hidangan mi ini disediakan dalam periuk tanah liat.

Lihat maklumat lanjut

Sumber: PahangHive

6. Crispy Waffle

Penggemar coklat dan manisan, anda perlu tahu tempat ini. Menu utama mereka adalah wafel rangup bertopping dengan aiskrim. Ia mungkin satu-satunya port makan wafel bervariasi yang berbaloi di cuba.

Selain itu ada juga pelbagai jenis minuman milk shake dan ice blend. Lokasinya di Beserah.

Lihat maklumat lanjut

Sumber: PahangHive

7. Hussain Mamu Nasi Kandar

Rindu nasi kandar Pulau Pinang? Jangan risau, di Kuantan pun sudah ada hidangan nasi kandar asli Pulau Pinang. Ubati kerinduan nasi kandar anda di Hussain Mamu Nasi Kandar yang terletak di Dataran Bukit Sekilau.

Ada banyak hidangan lauk-pauk untuk anda padankan bersama nasi kandar, tambah lagi ada juga mi sotong dan pasembur!

Lihat maklumat lanjut

Sumber: PahangHive

8. Young Tau Foo Terbaik Kuantan

Dari papan tanda ada label ‘terbaik di Kuantan‘. Kami sendiri tak pasti adakah young tau foo ini memang yang terbaik di Kuantan atau bagaimana. Yang pasti, untuk tahu kita mestilah kena cuba sendiri.

Meskipun pada asasnya young tau foo adalah hidangan berasaskan sup cina, tapi di sini anda boleh padankan bersama kuah tomyam atau kari. Nampak menarik.

Lihat maklumat lanjut

Sumber: PahangHive
Sumber: PahangHive

9. Lakukek

Kedai kek yang terletak di medan selera Kim Stone, Beserah ini kami sendiri rekomendasikan antara kedai kek yang terbaik di Kuantan. Kek di sini dibuat oleh pakar dalam bidangnya.

Bukan sekadar cantik, namun rasanya cukup enak. Jika anda mencari pelbagai jenis kek dan pastri, Lakukek merupakan pilihan tepat. Ada lebih kurang 70 jenis kek!

Lihat maklumat lanjut

Sumber: PahangHive

10. Big Bite Cafe

Yang terakhir sekali antara tempat yang kami juga belum cuba tapi tak sabar untuk cuba. Katanya Big Bite Cafe masih baru lagi dibuka. Hidangan yang ditawarkan adalah jenis western.

Selain pasta, chicken chop, chicken grill dan lamb grill, hidangan set talam yang ada di Big Bite Cafe ini nampak sungguh menyelerakan dan menarik perhatian kami. Anda pernah cuba? Kongsikan review berasama kami di ruangan komen Facebook Kuantanloka.

Lihat maklumat lanjut

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!