Sudah lama terpuruk dirumah, nak merentas negeri pun masih tak boleh. Buat rakyat Pahang, anda janganlah rasa tertekan sangat sebabnya di Negeri Pahang ada banyak tempat-tempat penginapan terbaik berkelas dunia untuk pergi bercuti.
Kita kan dah boleh rentas negeri. Jadi, untuk kali ini kami nak kongsi 10 hotel terbaik di Negeri Pahang yang tersangat wow untuk anda pergi bercuti dengan gembira bersama keluarga.
Untuk pengetahuan anda, semua hotel yang disenaraikan ini adalah antara 10 hotel terbaik yang mendapat skor tertinggi.

1. The LakeHouse, Cameron Highlands.
Siapa sahaja tak sukakan Cameron Highlands. Cuaca sejuk ditambah pula dengan permandangan indah menghijau ini antara tempat pelancongan terbaik dalam Malaysia.
Jika ke sini, The LakeHouse yang terletak di Cameron Highlands ini patut dijadikan pilihan penginanpan anda. Pemandangan indah berlatarkan tasik cantik dan kebun menghijau menjadikan hotel ini mendapat rating setinggi 8.7 daripada 299 ulasan.

2. Swiss-Garden Hotel, Genting Highlands
Juga tempat bercuaca sejuk di Malaysia, Genting Higlands. Permandangan alam semulajadi menghijau cantik ini turut antara tempat tumpuan pelancongan di Malaysia yang berkelas antarabangsa.
Swiss-garden Hotel mendapat skor setinggi 7.7 daripada 1,802 ulasan. Harga berpatutan, dengan keselasaan dan penginapan cukup sempurna hanya sekitar RM240 semalam. Bilik besar, 2 katil Queen.

3. The Zenith Hotel, Kuantan
Bila sebut sahaja hotel Zenith, tentu ramai tahu yang ini merupakan hotel terbaik di tengah bandar Kuantan. Dilengkapi kolam renang infiniti dan spa, The Zenith mendapat skor setinggi 8.4 daripada 2,321 ulasan.

4. Hyatt Regancy Resort, Kuantan
Juga salah satu hotel terbaik di tengah Bandar Kuantan, lebih tepat ia terletak di Teluk Cempedak yang menjadi pantai utama tumpuan pelancong di Kuantan.
Dekat dengan bandar dan berada di tepi pantai, anda yang mahu keduanya boleh jadikan Hyatt Regancy sebagai penginapan terbaik anda. Sehigga sekarang, hotel ini masih menggekalkan tangga terbaik dengan skor 8.5 daripada 2,805 ulasan.

5. Cameron Higlands Resort, Cameron Higlands
Kembali semula ke tanah tinggi Cameron Higlands, ini juga antaran penginapan terbaik di Pahang. Telah mendapat pelbagai anugerah antarabangsa, hotel yang disifatkan ‘world-Class Service’ ini mendapat skor setinggi 8.8 daripada 1,202 ulasan.

6. Geo Resort & Hotel, Genting Highlands
Menduduki tangga ke 6 antara hotel terbaik di Pahang, Geo Resort & Hotel ini mungkin boleh dijadikan pilihan penginapan jika anda bercuti ke Genting Highlands.
Menyediakan fasiliti lengkap sempurna dari restoran, spa, kolam renang, wifi, parking percuma dan semuanya. Hotel ini mendapat skor setinggi 8.5 daripada 599 ulasan.

7. Zenith Cameron, Tanah Rata
Zenith sekali lagi antara pilihan hotel terbaik di Pahang, tapi kali ini berlokasi di Tanah Rata, Cameron Highlands. Hanya 500 meter dari Orang Asli Village, permandangan cantik dijamin membuatkan mata anda segar dan terasa nyaman.
Turut lengkap dengan semua fasiliti, hotel ini mendapat skor setinggi 8.2 daripada 205 ulasan.

8. Royal Chulan Cherating Villa, Kuantan
Villa cantik tepi pantai yang tersegam indah di Cherating, Kuantan ini harusnya menjadi pilihan penginapan anda jika ke sini. Lebih kepada penginapan keluarga, selain daripada penginapan pantai terbaik di Pahang, hidangan makanan laut di restoran ini juga sangat sedap.
Daripada 499 ulasan, Royal Chulan Cherating mendapat skor setinggi 8.9.

9. The Chateau Spa & Organic Wellness Resort
Mahu rasa diri sebagai seorang raja? Inilah penginapan untuk anda. The Chataeau Spa, hotel yang terletak di Bukit Tinggi persis sebuah istana eropah abad ke-12 ini antara hotel mewah terbaik di Negeri Pahang.
Tambah unik, persekitaran suasananya pasti membuatkan anda terasa seperti sedang bercuti di Perancis. Hotel dengan permandangan gunung ini mendapat skor setinggi 8.9 daripada 489 ulasan. Memang terbaik!

10. Selesa Hillhomes Cosy House, Bentong
Akhir sekali, antara hotel terbaik di Negeri Pahang yang bagus untuk percutian keluarga adalah di Bukit Tinggi, Bentong ialah Selesa Hillhomes Cosy House. Meskipun tidak semewah The Cheteau, namun ia masih menyaikan permandangan gunung dengan suasana yang tenang.
Untuk Hillhomes Cosy House, ia mendapat skor setinggi 7.2 daripada 105 ulasan. Harga pula boleh didapatkan sekitar hanya RM138 untuk semalam.