Ada perancangan untuk bercuti sekitar Kuantan tetapi takut perlu keluarkan duit yang banyak? Jangan risau kerana hari ini kami akan kongsikan 10 hotel yang bukan sahaja selesa malah menjimatkan bajet anda.
Barulah anda senang untuk berbelanja ketika bercuti di ibu Negeri Pahang ini. Contohnya membeli cenderamata atau menjamu selera di tempat makan yang terkenal.
Dah kenal hotel-hotel ini nanti, senang nak bersiar-siar pada masa akan datang di bandar Kuantan.

1. Laman Sentosa Boutique Hotel
Menduduki tangga pertama ialah sebuah hotel yang terletak di kawasan perumahan Air Putih. Berbeza daripada hotel lain yang biasanya mempunyai beberapa tingkat, Laman Sentosa Boutique Hotel lebih mirip kepada homestay binaannya.
Menjadi pilihan ramai kerana lokasinya yang mudah untuk bergerak ke destinasi terkenal di Kuantan selain menyediakan bilik yang begitu selesa. Hotel ini meraih skor 8.5 daripada 932 ulasan dengan harga sekitar RM161.

2. Megaview Hotel
Terletak megah di tepi benteng Sungai Kuantan, Megaview Hotel mempunyai tarikan yang tersendiri. Hotel ini menjadi salah satu pilihan di kalangan pengunjung bagi tahun 2020 dan ia dibuktikan dengan rating diperoleh sebanyak 8.3. Harga bilik pula dalam anggaran RM128 untuk satu malam.
Selain hotelnya, kafe berdekatan lobi di bahagian bawah juga menjadi faktor mengapa ramai berminat ke sini. Hidangan yang disediakan enak dan pemandangan menghadap sungai Kuantan begitu indah sekali.

3. AC Hotel by Marriot Kuantan
Merakamkan keaslian dan budaya Kuantan, hotel ini menawarkan gabungan kualiti dan keselesaan yang jarang ditemui. AC Hotel by Marriot telah menarik minat ramai pengunjung pada setiap tahun.
Hotel 4 bintang ini diberikan rating setinggi 8.2 daripada 2087 ulasan. Bermodalkan RM238, anda boleh mendapatkan sebuah Deluxe King Room yang mempunyai beberapa kemudahan. Antaranya ialah bilik mandi peribadi, peralatan mandian percuma dan katil double yang lebih besar.

4. Veer Hotel
Berada di tangga keempat dalam senarai, Veer Hotel sesuai untuk berseronok dan bersantai. Alami kemudahan bilik berkualiti tinggi sepanjang penginapan anda di sini dengan harga untuk satu malam ialah RM118.
Dengan skor yang diperoleh sebanyak 8.2 daripada 152 pengunjung, temui gabungan yang menarik antara perkhidmatan profesional dan pelbagai kemudahan yang ada di Veer Hotel.

5. Cathayana Hotel
Cathayana Hotel Kuantan antara pilihan yang hebat untuk penginapan apabila melawat Kuantan. Hotel ini komited dalam memastikan penginapan anda begitu selesa.
Berdekatan kedai dan tempat makan, Cathayana Hotel juga mengujakan pengunjung kerana mempunyai tempat letak kereta sendiri. Skor diberikan pengunjung sebanyak 8.1 dan harga menginap sekitar RM137 untuk satu malam.

6. E-Red Hotel
Direka untuk kedua-dua tujuan perniagaan dan percutian, E-Red Hotel Kuantan terletak di mana keseronokan pusat bandar dekat sahaja. Dengan lokasi yang memudahkan, hotel ini menawarkan akses mudah ke destinasi yang mesti dilawati di Kuantan.
Hotel ini memperoleh skor setinggi 8.1 dan harga yang ditawarkan bermula daripada RM151 untuk Deluxe Twin Room.

7. Glex Hotel Kuantan
Harga menginap di hotel ini ialah RM266 untuk semalam. Mungkin agak mahal berbanding yang lain tetapi harga tersebut anda boleh mendapatkan sebuah bilik studio dengan pemandangan menghadap laut!
Malah, anda juga boleh meluangkan masa di beberapa tempat menarik. Antaranya ialah sauna, pusat kecergasan, bilik permainan serta kolam renang. Rata-rata pengunjung memuji hotel ini, skor setinggi 8.1 diberikan daripada 313 ulasan.

8. Mandurah Hotel
Biasa bersarapan berat di rumah? Jika ya, penginapan ini paling sesuai kerana bufet sarapan pagi disediakan setiap pagi di Mandurah Hotel. Hotel ini berada di Beserah, salah satu tempat paling popular di Kuantan.
Tetamu boleh memilih daripada 30 bilik yang ada, semuanya akan memberikan suasana tenang serta harmoni. Melihat daripada skor hotel ini peroleh iaitu 8.0 dan harganya pula RM150, pasti berbaloi menginap di sini.

9. Vivo Hotel
Vivo Hotel merupakan hotel termurah di antara 10 hotel yang disebut. Harga permulaan ialah RM113 untuk semalam. Kaunter penerimaan tetamu 24 jam disediakan maka anda boleh tiba pada bila-bila masa.
Mendapat skor setinggi 7.8, fasiliti lain yang terdapat di sini ialah WiFi percuma, televisyen skrin rata dan pengering rambut.

10. Shahzan Hotel Kuantan
Mengakhiri senarai hotel kali ini ialah Shahzan Hotel Kuantan yang terletak di tengah-tengah bandar Kuantan. Menerima tetamu dari pelbagai bangsa dan agama, hotel ini bagaimanapun menawarkan kemudahan tertentu kepada tetamu Muslim. Semua bilik dilengkapi sejadah, kiblat dan Al-Quran disediakan jika diminta.
Kedudukan strategik hotel ini antara faktor membawa kepada kemasukan pengunjung. Ia mendapat skor 7.8 daripada 4,305 ulasan dan harga untuk satu malam pula ialah Rm176.