fbpx

1 Daripada Setiap 250 Penduduk Pahang Telah Dijangkiti Covid-19


Agak mengejutkan bila mana data memberitahu 1 daripada setiap 250 peduduk di negeri Pahang telah dijangkiti Covid-19. Maklumat ini disahkan sendiri oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pahang melalui satu perkongsian di Facebook.

Dalam statistik terbaru melaporkan seramai 6662 kes postif Covid-19 dicatatkan sejak 17 mei 2021.

Antara yang menyumbang terhadap angka peningkatan kes ialah:


1. Terdapat peningkatan kes yang konsisten bermula minggu ke-15 hingga minggu ke-19. Peningkatan ini dilihat berlaku apabila peningkatan pergerakan penduduk disebabkan oleh pertukaran PKPB kepada PKPP (5/3/2021) dan pembukaan sekolah (8/3/2021).

2. Tren Kes Positif COVID-19 di Pahang mengikut jenis saringan menunjukkan saringan kluster adalah yang paling tinggi dicatatkan bagi kes positif dan diikuti oleh saringan kontak rapat, saringan bergejala, saringan lain-lain dan saringan tahanan.

3. Trend Kes Positif COVID-19 yang paling membimbangkan adalah saringan bergejala kerana kes seperti ini boleh menyebabkan wujud kluster baru dan peningkatan kes positif COVID-19.


4. Manakala tren Kes Positif COVID-19 di Kuantan mengikut jenis saringan juga menunjukkan tren yang sama iaitu saringan kluster mencatatkan rekod tertinggi kes positif, diikuti dengan saringan kontak rapat, saringan bergejala dan saringan lain-lain.

via: Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin